Sunday, August 1, 2010

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

SCHOOL OF LIFELONG LEARNING

FACULTY OF APPLIED SOCIAL SCIENCES (FASS)

CBFJ 2103

BASIC JOURNALISM

ASAS KEWARTAWANAN

ASSIGNMENT

TUGASAN

Semester:

MAY 2010

Name : TEH YEN CHUN

Matric No : 750929105083001

Telephone No : 05-3223591

Email : luluteh@oum.edu.my

Tutor Name : Mrs.Muliyati Binti Mat Alim

Learning Centre : PPW Perak

Date of Submission : 21.08.2010

TABLE OF CONTENT

1.) TUGASAN

1.a) Pengenalan.

1.b) Kesan teknologi terhadap dunia kewartawan.

1.c) Kebaikan blogging.

1.d) Keburukan blogging.

1.e) Undang-undang yang mempengaruhi pengamal-pengamal media.

1.f) Kesimpulan.

2.) Rujukan

TUGASAN

Sejak kebelakangan ini, kita sering dapat dengar bahawa teknologi-teknologi yang canggih telah mengubah cara hidup manusia sejagat. Dengan teknologi yang canggih, khususnya internet telah banyak menberi kesan yang mendalam terhadap dunia kewartawanan. Pada masa silam, walaupun wartawan dapat mengorek berita atau isu-isu yang hangat pada hari itu, tetapi sebab daripada kelemahan teknologi komunikasi pada masa dulu. Pembaca suratkhabar atau berita hanya dapat menikmati berita yang hangat pada kemudian hari. Maka adalah penting untuk mengadakan satu sistem komunikasi yang cepat dan sempurna untuk menyalurkan berita ini. Di antaranya saluran yang tercepat untuk mengkongsikan berita-berita yang terkini adalah internet kerana wartawan itu hanya perlukan perkakas seperti computer atau “laptop” sertai rangkaian yang secara talian atau tidak bertalian, wartawan itu sudah boleh melayari internet untuk melapor berita yang hangat itu kepada semua pengguna internet.

Dalam dunia internet yang khayal ini, terdapat satu jenis aplikasi yang bernama blog, blogging merupakan satu saluran pemberitaan yang berkesan untuk semua wartawan. Wartawan yang mempunyai kemahiran dalam menulisan blog boleh dikatakan lebih berpotensi bersaing dalam negara dan diperingkat global. Walaupun blogging merupakan satu kemahiran yang agak penting untuk semua wartawan, tetapi ia masih mengandungi kebaikan dan keburukannya. Marilah kita meninjau kebaikan dan keburukan blog sebagai saluran baru dunia kewartawanan.

Kebaikan blog sebagai saluran baru untuk dunia kewartawanan:

1). Blog boleh dijadikan tempat atau ruangan perbincangan dari pelbagai lokasi di seluruh dunia. Lagipun, ruangan blog juga dijadikan tempat penyampaian berita hangat.

2). Blogging sudah menjadikan tempat atau ruangan bagi wartawan yang baru untuk melatih kemahiran menulis. Kaedah ini dapat banyak membantu wartawan baru dalam kemahiran menulis mereka.

3). Wartawan memerlukan kemahiran dalam mereka ruangan berita mereka ataupun berita laman web. Maka blogging boleh memberi peluang kepada wartawan untuk belajar rekaan digital, kod css ataupun blog skin.

4). Selain daripada itu, blogging juga memberi peluang kepada wartawan untuk mencari ilham, menyampaikan pendapat ataupun gagasan mereka.

Walaupun blogging telah banyak menolongkan para wartawan, tetapi ia juga mengandungi beberapa keburukan yang boleh menjejas nama baik wartawan. Diantaranya adalah seperti berikut:

Keburukan blog sebagai saluran baru untuk dunia wartawanan:

1). Sekumpulan wartawan mungkin akan menyalahgunakan ruangan blog untuk menyampaikan maklumat, fakta ataupun berita yang palsu kepada pembaca. Mereka buat demikian kerana ingin untuk mendahului lain wartawan demi memaparkan berita, maklumat atau fakta yang belum disahkan benar. Sebagai contohnya, suratkhabar Suara Keadilan sudah memaparkan tajuk yang besar bahawa Felda Malaysia Bankrap baru-baru ini dan berita ini sudah disahkan tidak benar.

2). Selain daripada itu, ruangan blog sudah digunakan oleh sekumpulan orang ataupun wartawan untuk memburuk-burukan nama tokoh politik dan selebriti. Sebagai contohnya. Kes Raja Petra Raja Kamaruddin, yang dikatakan menggunakan ruangan blog untuk memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor dan dua orang lagi dalam satu akuan berkanun tentang kes pembunuhan wanita Mongolia yang bernama Altantuya Shaariibuu.

3.) Di dalam dunia ini terdapat banyak jenis orang, ada yang baik dan tidak baik. Maka mestinya mempunyai sekumpulan pengamal media yang tamak hati untuk mendapatkan keuntungan besar dari iklan di blog demi menyebarkan spam kepada pembaca. Spam adalah maklumat yang tidak berguna serta diantaranya didapati membawa virus yang boleh memlambatkan atau merosakan komputer kita. Maka, penyebar spam adalah orang yang paling dibencikan di dalam alam internet.

4.) Dalam dunia blog kini yang agak menggalakan penyamaran, iaitu kebanyakan penulis blog tidak memaparkan name serta wajah sebenar mereka. Ada di kalangan mereka yang sesuka hati memaparkan nama dan gambar foto yang palsu untuk niat yang jahat seperti orang asing yang menulis blog dengan memaparkan gambar foto mereka yang kacak untuk tujuan menipu pembaca yang melawat blognya.

5.) Malahan, terdapat sekumpulan penulis blog yang gila sek demi menyebarkan maklumat atau gambar-gambar lucah di dalam blognya sendiri. Kelakuan atau keminatannya sedemikian adalah dikatakan amat mengejikan di kalangan penulis blog kerana ia akan memberi pengaruhan yang tidak baik kepada keturunan kita yang akan datang serta menyebabkan kes-kes jenayah sek seperti kes merogol meningkat.

Akta-akta atau undang-undang yang mempengaruhi pengamal-pengamal seperti wartawan adalah seperti berikut:

A) Akta Kebebasan Maklumat

Prinsip asas yang disebutkan adalah:

1) Pendedahan maksima maklumat yang dipegang oleh badan awam dan badan persendirian, sebagaimana ditafsirkan dalam Rang Undang-undang ini, yang mempunyai kepentingan awam.

2) Pengecualian yang spesifik dan terhad yang perlu ditentukan melalui proses yang terbuka.

3) Pembentukan satu Suruhanjaya Maklumat yang bebas untuk memantau

pelaksanaan akta, menerima aduan dan membuat keputusan ke atas aduan yang diterima, dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mempromosikan hak kebebasan maklumat termasuklah melatih pemegang maklumat.

4) Proses meminta maklumat dan respons yang mudah, murah, dalam jangka masa yang munasabah, dan mengambil kira kehendak peminta yang mempunyai kekurangan fizikal.

5) Pentafisaran perundangan yang memastikan keterbukaan, di mana peruntukan atau perundangan lain yang bercanggah dengan rang undang-undang ini tidak dipakai.

6) Perlindungan kepada peniup wisel yang mendedahkan maklumat yang penting dari segi kepentingan awam.

Maka, para pengamal media berpendapat bahawa penggubalan Akta Kebebasan Maklumat akan dapat meningkatkan penyaluran maklumat antara jabatan kerajaan, media dan orang ramai.

B.) Akta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sudah digubalkan untuk mengawal aktiviti serta kegiatan percetakan dan penerbitan bahan bercetak di negara ini. Akta tersebut dilihat oleh pihak pemain industri sebagai halangan utama kepada kebebasan akhbar di negara ini kerana memerlukan organisasi media perlu memperbaharui permit mereka setiap tahun dan tertakluk kepada kelulusan Kementerian Dalam Negeri.

Ramai pengamal media di Malaysia merasa bahawa Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang diguna pakai di negara ini perlu dihapuskan kerana ia jelas mengongkong kebebasan bersuara. Ini berlaku kerana jika tersalah mengkritik, penerbit akan dilayang permit yang terpaksa dimohon setiap tahun. Maka tindakan untuk memanshukan akta ini amat diperlukan untuk membolehkan syarikat- syarikat penerbitan bergerak lebih bebas sejajar dengan tuntutanrakyat masa ini.

C.) Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia)

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Sejak Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. Ia merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

Para pengamal media ataupun ahli politik amat menakuti akta ini serta menganggap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sangat zalim kerana ia tidak memberi peluang langsung kepada tahanan untuk membela diri. Seseorang tahanan juga tiada hak untuk mendapatkan peguam dan mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah.

D.) Akta rahsia rasmi

Kerajaan telah memperkenalkan Akta Rahsia Rasmi, 1972 (Akta 88) bagi tujuan memberi perlindungan undang-undang kepada ‘rahsia- rahsia rasmi’. Ianya diwujudkan demi menjaga kesejahteraan negara secara amnya.

‘rahsia-rahsia rasmi’ bermaksud sebarang dokumen, rekod keputusan dan penyampaian Jemaah Menteri atau Majlis Mesyuarat Kerajaan, dokumen-dokumen mengenai keselamatan negara, pertahanan dan perhubungan antarabangsa dan sebarang maklumat dan bahan berkaitan dengannya termasuklah juga sebarang dokumen rasmi, maklumat dan material yang dikelaskan ‘Rahsia Besar’, ‘Rahsia’, ‘Sulit’ atau ‘Terhad’ sama ada oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau penjawat awam yang dilantik oleh mereka itu.

Kebanyakan pengamal media mengharapkan bahawa Akta rahsia rasmi dapat dimansuhkan supaya orang ramai lebih mudah untuk mendapat maklumat yang benar dari mana-mana juga.

E.) Akta hasutan 1948

kta Hasutan 1948 merupakan suatu akta undang-undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagaimenghasut. Akta ini sebenarnya digubal oleh penjajah British pada tahun 1948. Akta ini menjadikan ucapan yang "mempunyai kecenderungan menghasut" sebagai suatu kesalahan jenayah.

Dengan adanya akta ini, kebanyakan pengamal media terpaksa memilih atau menyebarkan berita yang lebih selamat supaya tidak disabit kesalahan dalam akta hasutan ini.

Kesimpulannya, blogging merupakan sejenis cara penyebaran maklumat ataupun berita yang canggih dan pantas kepada semua pembaca, tetapi sekira ia disalahgunakan akan membawa keburukan yang agak besar kepada pembaca pun seumpama spam-spam yang tersebar akan merosakkan atau melambatkan komputer pembaca. Selain daripada ini, akta-akta yang dikatakan masih mengandungi kelemahannya perlu dikaji semula supaya berita-berita tidak disekat dengan sewenang-wenangnya.

Rujukan

1.) Goodwin, H. Eugene. (1987). Groping for Ethics in Journalism. Second Edition. Ames, Iowa: Iowa State University Press.

2.) Christians, Clifford G., Kim B. Rotzoll and Mark Fackler. (1983). Media Ethics: Cases and Moral Reasoning. New York: Longman.

3.) http://wiki.answers.com/Q/Kebaikan_dan_keburukan_blog

4.) http://benarffm.files.wordpress.com/2008/05/huraian_kebebasan-maklumat.pdf

5.) http://www.mykhilafah.com/dalam-negara/1309-hapuskan-akta-mesin-cetak?format=pdf

6.) http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negeri_(Malaysia)

7.) http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Hasutan_1948

8.) http://dppwp.wordpress.com/2009/10/30/akta-keselamatan-dalam-negeri-perlu-dihapuskan-bukan-dipinda/